Wednesday, January 10, 2007

Melayu Boleh? Boleh Blah!

Salam bahagia.

Adakah bangsa melayu benar-benar boleh? Atau boleh blah?

Untuk menjawab persoalan ini, anda yang perlu menjawabnya sendiri jika anda seorang melayu. Jika anda rasa anda banyak melakukan sesuatu yang tidak patut dan jauh daripada ketentuan syari'at dan nilai-nilai murni orang Melayu, maka mungkin anda yang boleh blah. :)

Atau, jika anda seorang yang sentiasa cuba berpegang teguh dengan ciri yang baik dan berusaha untuk berjaya dan menjayakan bangsa, maka anda seorang melayu yang boleh! Boleh berjaya dalam hidup anda dan juga boleh menjayakan orang lain.

Sesungguhnya, kita selama ini sering dibelenggu dengan melayu yang layu, melayu yang tidak boleh diharap, melayu yang boleh blah dan pelbagai lagi pandangan yang negatif. Cukuplah.. Bukan tidak boleh kita melihat kepada ciri yang buruk itu, tetapi di manakah usaha untuk mengubah mereka yang telah sesat dan jauh tersasar? Tidak cukup mengatakan melayu sudah layu, tetapi lakukanlah sesuatu yang boleh membantu untuk kembalikan bangsa melayu ke kegemilangannya seperti dahulu.

Di manakah pewaris Tok Janggut yang tidak takutkan mati? Di manakah anak melayu yang berani berjuang seperti Mat Kilau? Di mana? Ayuh, kita menjadi anak melayu yang boleh berjaya di dunia dan juga di akhirat!

Wassalam.

1 comment:

along_vtx said...

Saya pandang tinggi matlamat & pendirian zul dalam merencana web untuk keyword melayu boleh ni,bukan sekadar tempelan.Bagi saya ini adalah langkah pertama untuk penulisan yang seterusnya.Melayu boleh!!!