Tuesday, January 9, 2007

Buktikan Melayu Boleh!

Ramai orang mengatakan bangsa Melayu sudah layu. Namun bagi saya, tidak semua layu atau tersasar dalam hidup ini. Hanya sebahagian sahaja yang lalai, alpa dan lupa diri sendiri siapa dirinya..

Apabila kita melihat mereka yang gagal, yang bermasalah, yang tak berjaya, maka kita hanya akan nampak keburukan bangsa Melayu itu. Melayu tidak boleh, melayu mudah dengki, melayu tipu melayu, melayu tak pandai dan macam-macam lagi..

Persoalan di sini, MENGAPA KITA JARANG MEMBINCANGKAN TENTANG KEJAYAAN ORANG MELAYU?

Kawan kita, saudara kita, jiran kita, atau sesiapa sahaja yang berjaya, mengapa kita tidak berbicara mengenai kejayaan dan kebolehan mereka? Maka inilah sebabnya mengapa melayu dianggap tidak boleh, melayu layu, atau melayu tidak berjaya. Rata-rata orang sudah mula buta dengan kejayaan-kejayaan bangsanya sendiri.

Maka, di samping kita melihat orang-orang melayu yang sedang 'sakit', maka elok dan molek juga jika kita melihat kejayaan orang melayu, lebih-lebih di zaman ini.

Ya, melayu boleh! Buktikan yang kita orang-orang melayu juga boleh berjaya.


Digg!

No comments: