Monday, January 15, 2007

Melayu Boleh Berniaga

Salah satu bolehnya melayu berjaya dalam kehidupan ini adalah ramai yang telah berjaya di dalam perniagaan...

Jika ingin disenaraikan di sini, memang tidak cukup ruang rasanya. TETAPI satu persoalan di sini, mengapa mereka tidak begitu dikenali? Kata Dr. Rusly, mereka adalah jutawan senyap. Tapi bagi saya, antara sebab lain adalah, mereka disenyapkan oleh 'kuasa besar'.

Cuba anda perhatikan, perkara ini dipolitikkan iaitu peniaga-peniaga kecil yang amat berjaya tidak begitu diambil kisah dan jika diambil tahu pun, tatkala ada majlis anugerah usahawan sahaja. Sekadar penyampaian hadiah, ia tidak cukup tetapi perlu lebih daripada itu. Sebab itu mereka tidak dapat bertapak lebih jauh...

Jika kita lihat, pihak media memainkan peranan yang besar dalam hal ini. Kebanyakan yang didedahkan adalah mereka yang berniaga besar-besar, eksport import berjuta-juta, tapi peniaga kecil yang amat berjaya di manakah mereka? Itu tidak kira lagi penyiaran berlebih-lebihan hiburan yang tidak bermanfaat. Inikah pengisian yang berfaedah untuk anak bangsa??

Melayu boleh berjaya, namun tangan melayu sendiri yang menjadikan bangsanya sendiri lemah, tak dapat jauh bertapak dan gagal tergolek...

Semoga peniaga-peniaga melayu samada yang besar atau kecil berjaya dalam bisnes masing-masing!

Wassalam.

Link:
Sekali lagi melayu boleh! Saudara SmartZul di http://blog.smartusaha.com banyak menulis mengenai perniagaan internet di blognya itu. Syabas kepadanya kerana begitu komited untuk membantu rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu dan umat Islam.

Sunday, January 14, 2007

Melayu Boleh Buat Duit

Di zaman sekarang, internet adalah teknologi yang sudah ramai digunapakai oleh ramai orang daripada pelbagai lapisan umur. Namun, apa yang dapat kita lihat sekarang, begitu banyak program-program skim cepat kaya yang begitu berleluasa!

Dan, seperti biasa, dengan sifat melayu serba boleh, begitu ramai orang-orang melayu yang mudah tertipu dan dipermainkan seperti boneka oleh mereka yang tidak bertanggungjawab! Melayu boleh buat duit konon, tapi kalau duit tu tak jelas sumbernya, atau sudah jelas hukum haramnya, adalah sifat melayu boleh itu tepat untuk diguna-pakai???

Apabila kita menegur, maka akan diberikan 1001 alasan, padahal banyak lagi cara untuk mendapatkan wang atau rezeki. Cuma nak tak nak sahaja.

Buktikanlah bahawa melayu juga boleh berjaya dengan usaha yang betul dan tidak menyimpang serta tidak menggunakan jalan singkat. Sampai bila kita mahu menggunakan jalan mudah yang mudah tumbang dan menumbangkan ini? Jalan terlalu suka mencari jalan singkat kerana kelak, diri sendiri juga akan merana bahkan memberi kesan juga kepada orang lain.

Akhir kata, jangan mudah terpedaya dengan pelbagai skim cepat kaya yang mana ada juga orang melayu yang rela menipu-daya orang melayu sendiri!

Sesungguhnya, Allah itu Maha Adil, Pemurah dan Bijaksana.

Melayu boleh!

Saturday, January 13, 2007

Bukti Melayu Boleh

Melayu tidak boleh?

Kadang-kadang, kita sendiri lupa dan buta akan kejayaan bangsa sendiri. yang dinampaknya, hanya kejayaan bangsa lain sahaja. Sikit-sikit melayu tak pandai bisnes, sikit-sikit melayu mudah dengki.. Hmm, ya la, macam mana tak nampak orang-orang melayu macam tu sebab kita asyik jumpa dan lihat orang-orang macam tu jer.

Apa kata kita lihat kejayaan anak-anak melayu dalam pelbagai bidang seperti dalam bidang perniagaan. Ramai yang berjaya. Tak perlu lah saya senaraikan di sini sebab terlampau banyak. Kita selama ini dikuasai oleh minda yang menghala ke barat sehingga buta kepada kejayaan anak bangsa sendiri.

Begitu ramai yang berjaya, maka adakah benar melayu itu tidak boleh?

Ermm, sudah semestinya bangsa melayu juga boleh!

Sekian.

Melayu boleh!

Wednesday, January 10, 2007

Perjuangkan Bangsa Melayu. Adakah Perkauman?

Tidak. :)

Kita ingin membangunkan bangsa, bukan tidak membantu atau saling menghoramti bangsa lain. Setiap bangsa, mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri. Begitulah berkuasanya Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam penciptaan makhluk yang bernama manusia. Pelbagai bangsa dan keturunan, namun hanya satu agama yang benar: ISLAM.

Persoalan di sini adalah, adakah memperjuangkan bangsa melayu itu bermaksud melupakan bangsa lain? Adakah ia bersifat asabiyah? Berpuak-puak? Tidak. Hanya mereka yang berlebih-lebihan sahaja akan menjadikan perjuangan ini sebagai perjuangan berkelompok atau melupakan bangsa lain lebih-lebih lagi yang berAgama Islam.

Perjuangan memartabatkan bangsa melayu ini bersyarat:

1. Syari'at Islam TETAP no 1
2. Bantu juga bangsa lain terutama yang seAgama
3. Bantu juga bangsa lain walau berlainan agama selagi mereka tidak membahayakan umat Islam

Kesimpulan mudah adalah, perjuangan membangunkan bangsa melayu adalah kerana begitu ramai anak-anak melayu sudah layu!

Melayu Boleh!

Wassalam.

Melayu Boleh? Boleh Blah!

Salam bahagia.

Adakah bangsa melayu benar-benar boleh? Atau boleh blah?

Untuk menjawab persoalan ini, anda yang perlu menjawabnya sendiri jika anda seorang melayu. Jika anda rasa anda banyak melakukan sesuatu yang tidak patut dan jauh daripada ketentuan syari'at dan nilai-nilai murni orang Melayu, maka mungkin anda yang boleh blah. :)

Atau, jika anda seorang yang sentiasa cuba berpegang teguh dengan ciri yang baik dan berusaha untuk berjaya dan menjayakan bangsa, maka anda seorang melayu yang boleh! Boleh berjaya dalam hidup anda dan juga boleh menjayakan orang lain.

Sesungguhnya, kita selama ini sering dibelenggu dengan melayu yang layu, melayu yang tidak boleh diharap, melayu yang boleh blah dan pelbagai lagi pandangan yang negatif. Cukuplah.. Bukan tidak boleh kita melihat kepada ciri yang buruk itu, tetapi di manakah usaha untuk mengubah mereka yang telah sesat dan jauh tersasar? Tidak cukup mengatakan melayu sudah layu, tetapi lakukanlah sesuatu yang boleh membantu untuk kembalikan bangsa melayu ke kegemilangannya seperti dahulu.

Di manakah pewaris Tok Janggut yang tidak takutkan mati? Di manakah anak melayu yang berani berjuang seperti Mat Kilau? Di mana? Ayuh, kita menjadi anak melayu yang boleh berjaya di dunia dan juga di akhirat!

Wassalam.

Tuesday, January 9, 2007

Buktikan Melayu Boleh!

Ramai orang mengatakan bangsa Melayu sudah layu. Namun bagi saya, tidak semua layu atau tersasar dalam hidup ini. Hanya sebahagian sahaja yang lalai, alpa dan lupa diri sendiri siapa dirinya..

Apabila kita melihat mereka yang gagal, yang bermasalah, yang tak berjaya, maka kita hanya akan nampak keburukan bangsa Melayu itu. Melayu tidak boleh, melayu mudah dengki, melayu tipu melayu, melayu tak pandai dan macam-macam lagi..

Persoalan di sini, MENGAPA KITA JARANG MEMBINCANGKAN TENTANG KEJAYAAN ORANG MELAYU?

Kawan kita, saudara kita, jiran kita, atau sesiapa sahaja yang berjaya, mengapa kita tidak berbicara mengenai kejayaan dan kebolehan mereka? Maka inilah sebabnya mengapa melayu dianggap tidak boleh, melayu layu, atau melayu tidak berjaya. Rata-rata orang sudah mula buta dengan kejayaan-kejayaan bangsanya sendiri.

Maka, di samping kita melihat orang-orang melayu yang sedang 'sakit', maka elok dan molek juga jika kita melihat kejayaan orang melayu, lebih-lebih di zaman ini.

Ya, melayu boleh! Buktikan yang kita orang-orang melayu juga boleh berjaya.


Digg!

Monday, January 8, 2007

Apa Yang Melayu Boleh?

Apabila bercakap mengenai bangsa Melayu, biasanya akan tergambar atau selebihnya akan melihat kepada sudut negatif yang ada pada bangsa Melayu. Padahal, bangsa lain juga ada yang negatifnya. Persoalan di sini, mengapa Melayu sering dipersalahkan? Adakah benar-benar Melayu itu sudah layu atau sudah hampir hilang keasliannya?

Semuanya akan terjawab dengan melihat generasi terkini bangsa Melayu. Jika mereka alpa, lalai, maka tidak mustahil untuk kita katakan keaslian bangsa ini mungkin akan terhakis atau paling teruk akan hilang di dunia! Mungkinkah?

Melayu itu boleh kembali kepada 'asalnya' yang asli jika setiap individu memainkan peranan yang penting di dalam hidup ini dengan mengamalkan apa yang baik.

InsyaAllah.

Melayu Boleh!


Digg!

Sunday, January 7, 2007

Melayu Boleh! Welcome!

Selamat datang ke blog Melayu Boleh!

Blog ini akan sedaya upaya menulis sesuatu yang sedikit sebanyak membantu bangsa melayu kembali kepada asalnya...

Kini, segelintir manusia yang berbangsa melayu sudah tidak mengenali diri mereka sendiri lagi..

Melayu Boleh!

P/S:
Anda Melayu? Yakin Boleh!

Best Credit: "I Love WangCyber.Com"!